ELHAMZ DI AKHBAR TEMPATAN


Alhambulillah,setelah dijemput beberapa kali untuk membuat persembahan di sekitar Negeri sabah termasuklah jemputan sempena hari raya raya aidilfitri bersama ketua menteri sabah, Elhamz kini diberi peluang dan mendapat liputan untuk tampil di media-media akhbar tempatan sabah.

Utusan Borneo

New Sabah Times ( Kadazan Dusun)

New Sabah Times ( Bahasa Melayu)

Daily Express
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil media bagi akhbar-akhbar di Sabah kerana sudi memberi peluang untuk kami memperkenalkan lagi elhamz dalam kalangan masyarakat di Sabah. Wallahu Alam.Jumpa lagi

(^____^)..kami suka senyum


heheheh..tajuk yang bakal kami kupas buat kami sentiasa tersenyum, rasa sangat bersyukur dengan kurniaan rezki dan pengalaman dari yang esa...selama mana tidak update blog..hari ni kami cuba ringkaskan dalam satu artikel yang ringkas tidak ringkas..heheh..jom... 

1. On Air Salam.fm 
 
Dr aznil + Elty

Alhamdulillah, ELHAMZ buat pertama kalinya di beri peluang untuk ke udara bersama salam.fm yang juga merupakan radio rasmi bagi JAKIM. radio ini mempunyai frekuensi radionya sendiri, 91.1 sekitar lembah klang. Alhamdulillah, Malam tu, temuramah oleh Dj Ida hanya di hadiri oleh Penasihat Elhamz DR Azmil Hashim dan manager kami Farhan Hafiz tanpa kehadiran Geng karas a.k.a teman menyanyi hamzah, kebetulan pada masa tu, cuti semester bagi semua universiti,..so, terpaksa Elty dan farhan yang menjawab semua pertanyaan DJ pada malam tu, Alhamdulillah, beberapa pemanggil malam tu sangat spoting memberi soalan2 yang agak boleh di jawab oleh kami berdua (elty+ Hanz)..dari pihak kami, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Salam.fm, Dr azmil, Farhan, dan pendengar2 salam.fm pada malam kejadian.insyallah, kalau ada rezki, kami akan ke udara bersama salamfm lagi untuk aktiviti2 ELHAMZ yang akan datang..
Dari Kiri : Dr Azmil, Dj Ida, Elty
Sempat On air walaupun tengah berpraktikal sebagai Ustaz di SBPI GOMBAK 

2. Persembahan di SMAN & PICC  
SMAN

Sekolah menengah Agama Nilai Negeri Sembilan adalah nama penuh bagi SMAN,..hehe..alhamdulillah, sekolah ini juga telah menjemput elhamz bagi program motivasi di sana. Elhamz dijemput bagi mengisi slot Motivasi selama 2 jam berkonsepkan (EDUTAINMENT)..tajuk slot pula (BANGUN...BANGUN...(^___^))..heheh..lain tajuk dia ni?..hahah..sepanjang slot tersebut, ceramah yang di hiasi dengan persembahan-persembahan nyanyian oleh elhamz sendiri berjaya di sampaikan dengan jayanya oleh elty sorang ja..huhu..(hamzah masih di kampung, terpaksa lah seorang diri si elty, Konfom lebih bertenaga dan meriah slot dengan kehadiran hamzah)..pelajar SMAN sekitar tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5, mereka sangat happening, dengan guru-guru mereka yang sangat Caring..Selain Elty, manager kami farhan juga diberi slot untuk menyampaikan Tazkirah maghrib kepada peserta dan slot di malam penghayatan. Time ni tiada gambar lah, tidak sempat untuk ambil gambar..Im sorry..wuu..terima kasih kami ucapkan kepada sekolah ni kerana sudi menjemput elhamz, dan tidak lupa kepada Ustazah Siti Khadijah yang membantu kami untuk tidak memakai motor ke negeri sembilan dari Gombak, hehe..ustazah yang tolong kami untuk mencari kereta, Alhamdulillah, terima kasih ya Ustazah..Ustazah ni sebenarnya guru pembimbing kami di SBPI GOMBAK. best sangat ustazah ni..!!..terima kasih juga kepada warga SMAN yang sudi membeli cd Nasyeed Semesta..semoga Allah memberkati kalian semua.ameen!.. 

PICC

Bertempat di Dewan Perdana PICC putrajaya, elhamz di jemput bagi memeriahkan lagi Pameran pengantin Malaysia 2011, Program yang di hadiri beberapa artis tempatan, dan juga gerai-gerai pameran, program yang mendapat liputan luas dari media, Juga membuat persembahan tanpa hamzah, (Hamzah masih di sabah)..Alhamdulillah, dengan mendendangkan lagu taubat nasuha dan cerita cinta,..persembahan berlangsung dengan jayanya..terima kasih teman-teman yang sudi datang menyaksikan secara langsung persembahan pada hari kejadian. Tidak lupa juga kepada Penerbit album penuh elhamz Shadow Art Production yang memberi peluang kepada elhamz untuk persembahan di tempat-tempat yang grand ni...thanks..!
bersama Farhan Hafiz
rosmadi omar (test camera ni..heheh)

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI GOMBAK)
  
Bersesuai dengan semester terakhir ELTY di Universiti Malaya, perlu ada semester yang mana, student UM ni perlu praktikal, tambah2 kos cikgu ni, sah2 wajib praktikal, maka elty pun di tempatkan lah di SBPI gombak bersama 3 orang lagi bakal ustaz farhan hafiz ( manager Elhamz dan Feelhoney), kimo (feelhoney), amir (13 ustarz)..sebelum ni memang x pernah dengar pun nama sekolah ni.heheh..Namun setelah kenal sekola ni, Pehh!!..memang terbaik..kami di sambut dengan baik sekali oleh guru pembimbing kami Ustazah Siti Khadijah Hj Hamzah ( Ust ni ajr kami mesti tulis nama penuh..hee)..tambah terharu bila kami ber 4 di tempat kan dirumah warden lelaki, ketika itu, mang belum dapat rumah lagi di sekitar gombak, alhamdulillah, sekolah ni bg peluang sama kami tuk tinggal di rumah warden. sekolah ni banyak memberi pengalaman kepada kami ber4..sangat berterima kasih kepada sekolah ini...sekolah ini pelajar dia pandai-pandai semua, jadi bila masuk mau mengajar tu, objektif pengajaran agak mudah untuk di capai. pelajar yang agak kurang masalah disipilin dan sangat spoting. di sekolah ni, sambutan terhadap lagu-lagu elhamz sangat baik dan mereka sangat support grup ustaz diorang ni.heheh...guru-guru dia pun sama, spoting2 semua..banyak mau di kongsikan ni..tapi terlalu luas pengalaman di sini.kongsi ngan student ja lah nanti..heheh...nanti kita cerita panjang lagi tentang aktiviti elhamz ya...cukup sekadar ini dulu..walaupun cerita hampir basi..haha...jumpa lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...