ELTY Jadi Penyampai Radio





Alhamdulilah, rezeki elhamz bertambah murah apabila elty elhamz (Gambar di atas) mendapat tawaran menjadi DeeJay radio Online iaitu cahayaFM…pertama kali elty di beri peluang untuk menjadi penyampai radio pada 27.12.2010 .Alhamdulilah segalanya berjalan lancar.terima kasih cahaya.fm atas tawaran tersebut dan elty kini secara rasminya menjadi deejay kepada Cahaya.fm..semoga dengan peluang yang ada ini..elhamz bersama senior kami feelhoney akan terus Berjaya dalam industry ini.ameen..mohon doa kepada penggemar-penggemar dan teman-teman elhamz agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat kami. tanpa sokongan anda, tiada lah elhamz seperti ketika ini…sekian artikel pendek daripada kami. oleh itu sudi-sudikan lah mendengar cahaya.fm yang juga merupakan radio online islam pertama di sabah..terima kasih kami diucapkan…!!..


Lirik Andai Noktah Bertindih

bicara Warkah
ku terima pnuh tanda tnya
mengukir rasa
bahawa kn sedia bersama

diam sejenak
diriku merasa masih ragu
tak pantas untukmu
atas kekurangan diriku

Apa yang kau nilai padaku
hanya insan biasa
tiada beda tara

jika rupa paras igaumu
juga harta dunia
bukan ada padaku


mengapa
tuntas kau pilih aku
adakah itu jawaban
dalam istikharahmu?

lantas
kau bilang padaku
kerna jiwa nan indah
tak setanding wajah
atau (pun) harta seisi dunia


apakah itu harapan padaku
andai noktah bertindih?
jawab ku~


Lirik: Farhan Hafiz
Lagu: Elty & Hamzah
Susunan Muzik: Elty & Farid Nuljari


Untuk Mendengar Lagu, Klik Link Di Bawah:

http://www.reverbnation.com/play_now/song_5959325

p/s: Lagu ini masih dalam proses untuk dikemaskini samada dari sudut rakaman, susunan muzik, mixing dan voicing, kami postkan sebagai pradengar dan jangan Lupa tinggalkan komen anda sebagai Panduan untuk kami menambahbaikkan karya-karya kami ini ya!..kami juga baru belajar!!..heheh..peace! semestinya kalian adalah pendengar yang baik!!..hehe

Sekian lama menanti

Alhamdulillah, satu lagu single terbaru ELHAMZ Bertajuk "Sujud Terakhir" berjaya di terbitkan, SETELAH SEKIAN LAMA kami menantikan Idea-idea itu datang bagi menyiapkan lagu ini...


Cerita dia begini, lagu ini sebebenarnya lagu First2 dulu, dalam awal bulan 3 2010 gitu lah, yang mau di terbitkan sepenuhnya oleh Elhamz, (Lirik, Lagu dan Susunan Muzik)....Lirik dan lagu pada ketika itu telahpun setel, masalah yang bikin lambat terbit ni sebebenarnya adalah susunan muziknya...almaklumlah, Kami adalah Insan yang tidak pernah buat, tahu ataupun mencipta susunan muzik sebelum-sebelum ini....Kiranya lagu ni kami wat ikut SEDAP mulut kami ja.....Namun, alhamdulillah, akhirnya siap juga lagu Sujud Terakhir ni, walaupun masih terlalu banyak kekurangan dalam susunan muziknya ini....namun, tetap bersyukur kerana Bunyinya macam bunyi Muzik juga lah..tidaklah bunyi Keretapi ka?, bunyi kipas bepusing ka?, Bunyi kentut ka?...kan??..hehe..syukur lah..dan lagu ni banyak mengajar kami mengemaskan lagi susunan muzik.... kami berharap satu hari nanti kami diberi peluang untuk berguru dengan mana-mana Individu yang pakar dalam bidang muzik ini untuk kami mendalaminya secara slow-slow sesuai dengan status kami ( ELTY: PENDIDIKAN ISLAM. HAMZAH: PENDIDIKAN ISLAM)...yang bakal menjadi guru agama, Bukan Muzik..hehehe.( Tapi okay juga kalau jadi ustaz Muzik,heheh...gurau jak bah)..Namun atas dasar minat, Muzik Menjadi Hobi no (-1) kami...(maknanya lebih dari no 1 lah ni)..heheh...

Boleh lah dengarkan lagu ini Live Di Link di bawah:

SUJUD TERAKHIR @ REVERBNATION

p/s : Sebarang komen dan penambahbaikan boleh lah tinggalkan di entry ini..terima kasih!!..

Lirik Sujud Terakhir

Tubuhku layu di pembaringan
Menitip sisa kehidupan
Mengenang tingkah tika gagahku
Yang sering di kabusi dosa
Mengharap kasih dikalaku merintih
Menangis mengalir air mata ke pipi

Perjalanan dunia kian berakhir
Nafas kencang kian terhenti
Panggilan Illahi kian menghampiri
Detik waktu saatnya mati
Inginku bersujud diterakhir kalinya
Meratap ampunan dari mu yang kuasa
Ya Allah

c/o Kejamnya aku pada pencipta ku
Walauku takut azab nerakamu
Sering kali ku mahu belakangkanmu
Ku malu bila ingin bertemu mu

Masihkah ada ruang untuk ke syurgamu
Sedang jasad dibaluti noda hina
Terima lah pintaku bertaubat padamu
Sebelum denyut nadi kian kaku
Sakit kini kurasa peritnya menanggung
Dosa silamku dahulu

Kejamnya aku pada pencipta ku
Walauku takut azab nerakamu
Sering kali ku mahu belakangkanmu
Ku malu bila ingin bertemu mu

Inginku bersujud diterakhir kalinya
Sebelum nyawaku pergi
Tinggalkan ku

lirik : Elty (Elhamz)
Lagu : Elty ( Elhamz)
Susunan Muzik : Elty (Elhamz)

Lirik Harusnya Kau tahu

inginku tenun senyuman padamu
mengenang manis madu yang kau beri kepadaku
yang memutarkan memori laluku bersamamu
riak tenang mengalun jiwaku

inginku bahagia belai cita-cita
mewarnai impian yang tlah kian lama tercipta
bersama mu yang dulu kurasa betapa indahnya
gubah jaluran pelangi milik kita

duhai sahabatku kau harus tahu
kau lah segalanya untuk ku
bisa lukiskan untukku mimpi ceria dimalamku
harusnya kau tahu duhai sahabatku

ya rabbi ya Illahi
kau titipkanlah nur cintamu tuk dirinya
agar aku akan terus ketawa disamping dia
hanyalah cinta mu yang mampu membalasnya
ya Rabbul Izzati

lirik:elty (Elhamz)
lagu: elty (elhamz)
susunan muzik: Elty (elhamz)


Untuk Mendownload MP3, Sila Klik Link di bawah:

Harusnya kau tahu (mp3)



selamat mendengar!!..terima kasih!!

Di sebalik Tabir Permata Hidupku

Assalamualaikum semua, sebagai menggantikan Tugasan pensyarah yang selalu menimbun dihari-hari selain hujung minggu, Elty, ,hehe..akan mencerita sedikit kisah bagaimana terhasilnya lagu permata hidupku(lagu Elhamz).kenapa Permata Hidupku???..kerana di sini juga lah karya elhamz bermula. antara hikmah di sebalik kejadian yang berlaku ini..segala-galanya bermula di sini.dan, sesungguhnya, cerita ini juga cerita yang tidak akan pernah luput dari ingatan....

mau dijadikan Cerita, Permata Hidupku adalah Cerita Tentang ADIK..seorang abang yang kehilangan adik....hemm..saya(elty) akan kongsikan sedikit pengalaman dan detik2 tragedi itu, tidaklah terlalu detail...sedikit daripada cerita panjang ITU...bermula di tarikh bersejarah ini....kenapa Elty punya cerita masuk dalam Blog Elhamz ni???...hahaha..saya tya saya jawab lah ar..(sebab Elty dia punya ahli juga kan)...heheh...bosan lah lau asyik cerita tentang show, tentang rekoding, tentang perkara yang tidak bertentangan dan sebagainya kan????..heheh..apa kata..kita meriahkan blog ini dengan sedkit cerita yang bermain dengan emosi..emosi apa??...marah??..kapanas??..panik??..pening???..jom baca..sedikit perkongsian pengalaman...(written by elty)...



21.10.2006


Adik, meh kasi kawan abg pg ambil baju raya dik....?....lalu c eka (adik) pun siap2 lah pakai baju t Shirt Merah jambu, seluar jeans..lepas saya(elty) sembahyang zohor, kami pun berjalan lah sama-sama menggunakan waja kakak saya yang baru kakak beli awal tahun 2006 SAA 920 A..kereta second Hand lah... then kurang 15 minit, kami pun sampai lah di MICO TAYLOR yang bertempat di pekan ranau...tempat family selalu buat baju raya, tema kami tahun ni, warna hijau, kebetulan ada 3 hari lagi mau raya, itu yang kami 2 orang (saya sama c adik) pg ambil baju raya ni..ambil baju abg ep, baju saya, sama baju dady...semua hijau..lawa2 semua ni baju..



lepas ja ambil baju raya ni, saya sama c adik pun jalan-jalan round pekan ranau ni, sementara mau tunggu buka posa yang ada beberapa jam lagi..jam baru menunjukkan 2 ptg lah lebih kurang.....ya lah, c adik pun baru umur 9 tahun, then hari tu pun dia puasa, senang lah hati dia sikit kalau kena bawa jalan-jalan kan??..heheh..tu yang bawa dia jalan-jalan2 tu..kebetulan dalam dompet ada tinggal 2 ringgit, saya pun tanya lah c adik ni..."adik, adik mau beli apa bikin buka puasa??"...c adik pun menjawab.."emmm..saya mau air kelapa lah abg.."..lalu kami pun sama-sama lah pg pasar pekan ranau tu..beli lah air kelapa tu...pas tu tanya lah c adik ni lagi.."bah, ada lagi mau beli dik, kita mau pulang sudah ni??"..."emmm....meh kita pg tgok ikan bang??..kita tambah tu ikan sana rumah??"...c adik buat PERMINTAAN TERAKHIR dia(saya langsung tidak menyangka itu adalah permintaan terakhirnya)...saya pun bagitau lah c adik "adik, tinggal 1 ringgit duit abg ni, nt lah kita pg beli ar dik??boleh??...c adik angguk kepala ja..huhu....

sampai d kereta,..pesan sama adik jap.."adik, pakai tali pinggang keledar dik.."..dan saya pun pakai tali pinggang keledar... kami pun berlalu lah dari paking kereta depan milimewa ranau tu...selepas sampai d round about dekat dengan pejabat pos,..kami sempat untuk bersilisih dengan dady sama mama naik kereta wira yang baru mau pegi pekan rasanya, dan sempat bermain lampu sama durang..


kurang satu minit selepas itu, pandangan saya tiba-tiba gelap...gelap dan gelap..sangat gelap...rasa macam di buai lena tanpa mimpi..terlalu gelap..x sedar apa yang berlaku..dan tidak sedar siapa yang memandu..

BAAMMMMMMMMMMMMM!!!!!!.....letupan yang sangat kuat, menyebabkan saya tersedar seketika...dan menutup mata semula...sehingga jeritan orang ramai di luar menyebabkan saya tersedar buat kali kedua...dan...pada ketika itu..saya hanya dapat melihat sebuah bas besar berada di hadapan saya...EXPRESS TUNG MA...dan semakin menyedari keadaan riuh di luar sana..dan hanya betul2 menyedari yang ketiku itu adalah benda realiti yang pada mulanya saya sekadar sangka kan mimpi dalam tidur...ya Allah..ingatan saya semakin kembali Normal...sehinggalah terdengar jeritan dari luar "angkat diaaa...masih hidup lagi tuuuuu...!...masih berfikir (siapa kah sebenarnya orang diluar tu cakap masih hidup??saya atau???...ya Allah..c adiiiiiiikkk...)...saat ini lah air mata saya mula menitis dan mencari-cari c adik...sehinggalah tangan kiri saya dapat menyentuh helaian-helaian rambut dan mengharap c adik masih dalam keadaan selamat, Hati sangat sayu apabila hanya mampu menggengam rambut tanpa Tuan Punya rambut, rambut yang putus itu hanya di linangi dengan darah, ya Allah, pergerakan saya amat terbatas kerana saat ini juga, lutut kanan saya masih tersepit di sebalik remukan besi-besi kereta waja milik kakak saya itu yang baru sahaja bertembung dengan sebuah bas Express dari arah yang bertentangan di Tanah merah kg Kilimu kurang 2 KM daripada rumah kami di kg Lohan,..saya mula menangis dan hati semakin sedih, sayu sesayu sayunya apabila melihat kelibat adik di papah keluar dari pintu sebelah kiri dan dengan jelas saya melihat nafas di dada adik masih berdenyut walaupun saaangat perlahan pada ketika itu, melihat keadaan kepala adik yang telipat ke belakang, dan melihat muka adik separuh kemik, dan ada kesan koyak betul2 di tengah dahinya sudah cukup untuk saya lupakan segala kesakitan yang saya alami ketika itu, hati sentiasa mengingat c adik...c adik..dan c adik...lafaz syahadah dan selawat, kalimah Allah sepanjang saat itu saya cuba lafazkan...hanya mengharap bahawa c adik masih selamat...

saya berjaya dikeluarkan dari kereta...sehingga lah tiba di wad kecemasan zon merah hospital daerah ranau...dan di bawa ke bilik rawatan kecemasan..melihat terlalu ramai manusia ketika itu..termasuklah family saya, dady, mama, abg ep, c lini..haaaa...

Dalam keadaan yang cemas, saat saya di rawat , saya bertanya pada adik(lini),saya.."lini, c adik mcamana sudah??"...lini pun menjawab.."abg, dia masih hidup lagi tu, tp sangat2 kritikal...saya tidak sanggup sudah tengok dia.."..saya yang pada ketika itu di baringkan di katil betul2 sebelah c adik hanya mampu mendengar bunyi mesin oxigen...dan yang membuatkan tangisan saya semakin bertambah deras apabila mendengar tangisan c adik walaupun pada ketika itu dia terbaring tanpa mampu bergerak,...orang semakin ramai mengerumuni kami...(saya hanya mengharap pada ketika itu, kalau Allah lebih sayangkan c adik, tariklah nyawa dia, saya tidak sanggup melihat dia menderita, ya Allah)...

Beberapa minit berlalu di wad kecemasan, c adik masih bernyawa, bunyi pengesan denyutan jantung masih kedengaran dengan jelas..sayuu...sangat sakit mengenangkan keadaan c adik pada ketika itu,,dia masih bernyawa...lalu, saya meminta seorang dpd macik saya untuk ambilkan senaskah yasin tuk saya baca,..sehinggalah habis bacaan penuh yasin kali pertama,..saya mengulangainya untuk kali kedua, dalam keadaan saya yang masih di rawat, saya gagahkan juga untuk membaca yasin, sangat mengharapkan petunjuk daripada Allah,..bacaan kali kedua ini diikuti oleh sanak saudara dan adik beradik saya di sekeliling saya...sehinggalah belum sempat menhabiskan bacaan penuh yasin..dady pun berganjak ke tempat saya yang pada mulanya di sisi adik, memberitahu"elty...c adik jalan sudah......."...haaaaaaaaaaaaaaaaaa......ya Allah..ya Allah..innalillahi wa inna ilaillahi rajiun...

Termenung seketika...dan tangisan semakin redah..dan terus berhenti..termenung dan terus termenung mengenangkan apa yang telah berlaku...."bertanya pada diri, betulkah ni??betul kah ni.??betul kah c adik meninggal dunia sudah??..ahhhh...ya Allah...dan hanya mampu termenung..

betul kah c adik sudah meninggal????....soalan itu lah sepanjang malam pertama selepas kemalangan itu berlaku...masih terngiang2 permintaan c adik..."abg, meh kita pg beli ikan??"..tidak tertunai...abg minta maaf diikk...


masih terngiang2 kesan luka di jari kanan arwah yang sempat saya sapu ubat sebelum ke pekan, masih terngiang2 wajah terakhir arwah yang baru sahaja dipapah keluar daripada kereta waja petang tadi, masih terngiang2 arwah sentiasa memegang tangan saya sepanjang ambil baju raya petang tadi......ya Allah...banyak perkara dalam kepala malam itu,,,terbayang keadaan keluarga d rumah..masih terbayang, macamana kemalangan itu boleh berlaku,..mungkin juga saya terlena seketika..Allahualam..saya betul2 tidak menyedari....paling kuat perasaan yang bermain pada ketika itu, Perasaan Bersalah...ya Allah..adik..maafkan abg adik ar..

sehinggalah kesokan harinya, dady dan abg ep kol, "t, c adik mau kena kubur sudah...."..dalam keaadan yang sangat sedih..hanya mampu termenung dan berdoa..agar semua diberi kekuatan..dan cuba menerima apa yang telah berlaku....semuanya Takdir dari Allah..


D ringkaskan cerita, Setahun berlalu...setelah saya ditawarkan masuk ke Universiti Malaya,..disini lah bermulanya kisah Permata Hidupku...niat untuk hasilkan sebuah lagu yang mencerita kan kisah kehidupan saya ni akhirnya tercapai apabila saya berjaya mencipta sebuah lirik yang ikhlas dari hati khas untuk arwah..walaupun minus one lagu asal adalah lagu mama IlDIVO, namun liriknya adalah asalnya dari hati penulis....saya pun merekodkanlah lagu ni sendiri di bilik, dengan berbekal sofware dan microfon murah ja...Alhamdulillah.. dalam erti kata yang lain, lirik Lagu Permata Hidupku ini adalah khas buat arwah...walaupun dia x mungkin untuk kembali dan dengar lagu ini bersama saya..semangatnya tetap ada untuk saya...

Mencerita kisah ini agak detail adalah sekadar untuk penghayatan bersama, walaupun tidak pakar untuk mengolah ayat, namun keikhlasan adalah yang terbaik buat saya, dan Tidak berniat pun untuk mengkomersialkan lagu ni, sekadar untuk menjadikannya simpanan peribadi, sekadar untuk meluahkan apa yang tersirat, dan sekurang-kurangnya, dapat melepaskan kerinduan dalam bentuk seni...sehinggalah tertubuhnya ELHAMZ, lagu ini secara tidak sengaja menjadi lagu single sementara elhamz dan sekadar lagu untuk memperkenalkan vokal elhamz kepadai orang ramai, kerana pada ketika itu, elhamz belum mempunyai sebarang product untuk diperkenalkan kepada orang ramai...berbekal vokal yang tidak seberapa ini dan minat yang mendalam dalam bidang Nyayian...kami (elhamz) gagahkan juga diri untuk merekod lagu ini...dan sempat untuk di dendangkan beberapa kali untuk show-show elhamz sebelum ini,..saya yakin, Penubuhan ELHAMZ adalah antara hikmah di sebalik kejadian yang pernah berlaku ini...mengharapkan agar, terus tekal dalam bidang ini di samping menunaikan kewajipan sebagai seorang yang bergelar student!!.insyallah..

Disamping itu juga, Bukanlah niat menceritakan kisah ini untuk mendapat publisiti ataupun populariti, cuma sekadar mengharapkan pendengar dapat menghayati lirik lagunya yang memang terhasil daripada kisah yang benar-benar berlaku..dan di sinilah sebenarnya keistimewaan lagu ini...pada kisahnya....maka terhasil lah Permata Hidupku..



Ini lah antara wajah-wajah ceria Eka Yasmin Firzana (adik)....riinduu dia...







kereta waja milik kakak..ni lah kereta tu...


ketika saya dalam kereta, saya hanya sedar yang pada ketika itu saya memegang stering kereta..Allhualam...


sehari selepas kemalangan...



arwah berada di sebelah pemandu ketika kejadian ini berlaku...


Alhamdulillah, walau hanya tinggal berempat, kami bersyukur..sesungguhnya terlalu banyak hikmah disebalik tragedi ini..ini lah baju tema yang saya (di kerusi roda) dan arwah sempat ambil sebelum kejadian berlaku...

dady, bersama pusara Arwah eka yasmin Firzana..
lirik:

ku tatap potret gambarmu
terkenang derai tawa mu
memori indah bersama
selamanya
adikku

tiada lagi kau disisi
menemani kala sepi
hilangmu tiada pengganti
dan aku mencari
bayanganmu

kurindu pada mu
ku sayang padamu
engkaulah permata hati hidupku
akan ku abadikan dalam kenangan
aku rindu padamu

maafkanlah diri ini
seandai pernah mengguris
takdir telah menentukan segalanya
ku pasrah

hadirkannya dalam mimpi-mimpiku
semoga engkau damai
adikku...

Permata Hidupku (versi Elty)
Permata Hidupku (versi Elhamz)

Video Show Elty (permata Hidupku)
Video Show Elhamz(permata Hidupku)

Al Fatihah~..

insyallah, dalam artikel yang lain, kita akan berkongsi pengalaman pula tentang Hamzah..insyallah...

Marhaban Di astro 2010




Mazhair@ Elty selaku wakil elhamz untuk ke uji bakat Marhaban di astro 2010 telah berjaya melayakkan diri ke Final yang di adakan di AEON Bukit Tinggi Klang, walaubagaimana pun, Elty hanya mampu ke peringkat 20 orang terakhir ini sahaja, dan tidak berjaya untk ke grand final pun. pada asalnya, elhamz merancang untuk menyertai program ini, walaubagaimana pun, hanya kategori SOLO sahaja yang dipertandingkan, dan elhamz pun x mampu untuk berbuat apa-apa melainkan elty dan hamzah bertanding sesama mereka.namun, hanya elty yang berkesempatan untuk menyertai anjuran ini.hamzah pada masa ni ada test d UM, so, xble buat apa2.


bersama kak yana...kakak yang menunjukkan arah jalan ke klang ni..heheh..ma kasih kak..


yang ni lah c wani!comel kan??..


shahir af8 dan wandi (firdaus) selaku juri pertandingan pada hari itu..

namun begitu, hamzah tetap menemai elty ke peringkat akhir di AEON hari tu, di temani juga oleh k.yana, dan hazwani, selaku juru kamera.heheh...
Shahir, juara AF 8 selaku juri pada ketika itu di temani oleh saudara wandi (kumpulan FIRDAUS) sempat memberi sedikit komen kepada elty setelah selesai persembahan elty yang membawa lagu TAUBAT NASUHA.

Insyallah, kalau ada rezki, elhamz akan terus untuk mencari mana-mana pertandingan yang boleh disertai, x len x bukan untuk suka-suka ikut bertanding lah..heheh...

bersama ini juga kami sertakan link klip video taubat nasuha bersama liriknya sekali..ciptaan sepenuhnya oleh hamzah!..

klik link ini: Cepat klik...heheh..

Taubat Nasuha

Show-Show Elhamz



Assalamulaikum semua,
Alhamdulillah,
tiba-tiba timbul mood mau update blog ni,
sudah lama nda update ni,
kekangan masa yang agak mem"BZ" kan ckup untuk kami tidak meng'update'
apa-apa pun, terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang masih sudi ke blog kami..
ok,up date bermula dengan show-show elhamz dlu lah ya..kita mulakan satu demi satu...


1. Kolej Kediaman ke 4 Universiti Malaya

untuk show di sni, kami telah dijemput untuk persembahan perasmian pembukaan Ihya' Ramadhan dan Majlis Hari Raya kolej ini juga, dalam erti kata yang lain, mereka menjemput sebanyak 2 kali lerr,,heheh..best dan sangat sporting ajk2 durang...layanan yang sangat istimewa dan best..

Ini lah antara warga Kolej 4 balai islam.
kami juga sediakan link Video Show

klik link di bawah:

lagu ini adalah ciptaan producer kami sendiri, Abdul Halim Ahmad. Try lah tgok-tgok ya..hehehe..


2. Show Di Wisma PKPS Shah Alam

show untuk majlis ni adalah sempena Hari 1 Malaysia untuk warga Sabahan seluruh semenanjung, tapi yang datang pon, sekitar KL ja lah, yang mana program ni adalah anjuran persatuan MOMOGUN malaysia yang di naungi oleh Tan Sri Benard Dompok,

so, malam tu, kami dendangkan lagu Kosorou Ko poh nagku Doho, lagu pemes di sabah ni, nenek2 pun nyanyi juga time durang makan sirih bersama cucu mereka di kampung ni.hehe..lagu kedua pula ialah, rindu ramadhan, memandangkan time ni kan masih time puasa.hehe..

so, persembahan malam tu sangat meriah, dan di majlis ini juga, Elhamz dipertemukan dengan rakan-rakan dari universiti -universiti yang lain, antaranya c Faz nandra..hehe..dia sangat support Elhamz, tu yang kami kenal betul tu..hehe..


yang ni geng-geng dari UKM...c Sauffah lah paling tagap sukung elhamz ni, Baru yang tudung merun tu, c Faz nama dia..heheh..

yang ni lah Rosmadi Omar, beliau merupakan PR Elhamz yang sangat banyak membantu menjadi jurukamera, teknikal, video, kenderaan dan macam-macam lagi lah..heheh..

3. Show Kolej 8, UM

show ini juga merupakan show sempena Pembukaan Ihya Ramdahan kolej 8 ni, dan sekali lagi kolej ni menjemput untuk majlis hari raya juga..


4. Show PWTC

show di sini pula ialah show sempena majlis berbuka puasa bersama Ketua Menteri Sabah. Alhamdulillah, niat yang sudah lama di pasang untuk buat show d PWTC ni akhirnya tercapai juga.

Alhamdulillah. d pwtc ni, kami bawa lagu Taubat Nasuha, lagu ciptaan sepenuhnya oleh saudara Hamzah (Elhamz), best lagu ni.Lagu ini juga Elty bawa kan ke Final Marhaban di Astro.

xpa. nt kami akan cerita semua tu kemudian ar. majlis ini dihadiri lebih kurang 1400 orang cukup buat dewan ini riuh, tambahan pula, CM sabah Datuk Musa Aman saaaangat spoting! Memang spoting habis lah...x percaya??..mari kita tgok mcmana elhamz bagi pantun sma CM sabah ni, muka Cm sentiasa senyum dan tersenyum..heheh...


klik link di bawah:

kan??..betul x??..heheh...
kami juga selitkan video show hari tu..mari tgok ni...

http://www.youtube.com/watch?v=cQ7Wkaj68-M&feature=related

dan beberapa keping gambar ni..heheh...ramai kawan-kawan dapt jumpa di sni...






bersama warga UKM, C sopah juga lah paling...hehe

sama kan gambar elty sama gambar di backdrop??..hehe..


banyak lagi gambar..tapi kami selitkan yang ini ja..heheh...

dalam pada itu, Elhamz sempat bergurau dengan Ketua Menteri sabah yang sangat2 lah spoting...heheh...


(2 3 kucing balarai, manakan sama c kucing balang, kanapa ketua menteri hensem ni hari, sebab dia mau bagi duit raya tu karang....)..heheh..Pantun Elhamz sama CM sabah..try chek link d atas tu..huhu..

4. Show PERMIUM (Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya)

hah, yang ni show untuk khas untuk Mahasiswa Istimewa di Universiti Malaya pula, sangat termotivasi melihat mereka, ada seorang sahabat buta ni, nama dia Faik, tapi terer baca quran syukur alhamdulillah...terima kasih juga kepada K.yana, dila dan teman serumahnya Que yang sudi datang menemani Elhamz pada time ini,hehe..

Kami menyanyikan 5 buah lagu, 2 lagu Elhamz(Taubat Nasuha dan Harusnya Kau Tahu) lagu Wajah originaly by Jaclyn Victor (feat. Arif Shah) Peserta akhir Grand Final Marhaban d Astro 2010, dan 2 lagi lagu raya...



Ni video Elhamz Feat Ariff shah...
http://www.youtube.com/watch?v=flV53VqnUn0

walaupun mereka istimewa, mereka dapat menganjurkan program ini dengan begitu meriah sekali..teruja kan???..heheh...

bersama dengan semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut..

bersama Aisyah, orang Sabah ni, tu yang semangat mau bergambar sama dia, tabah betul dia, walaupun Tidak dapat melihat, dia yang menjemput Elhamz untuk majlis ni..

bersama Wakil pengetua kolej 7, En Nizam

Bersama ini juga kami selitkan video Harusnya Kau Tahu, lagu ni merupakan lagu baru dari Elhamz, Ciptaan sepenuhnya oleh Elty!!..heheh..baru belajar buat muzik ni..huhu..


5. Show Majlis Berbuka puasa Sarjana Muda Pendidikan islam Universiti Malaya

macam sudah ada kontrak dengan persatuan ni, mereka selalu menjemput kami kalau ada apa2 event..terima kasih SMPI UM.

Dalam persembahan ini, Elhamz mendendangkan 2 buah lagu, TAUBAT NASUHA.


dan Rindu Ramadhan(ciptaan Sepenuh oleh abd Halim Ahmad Devotees)

6. Show majlis hari raya PERMATA UM (Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya)

di sni juga kami diminta untuk mempersembahkan 5 buah lagu. lagu raya dan lagu-lagu Elhamz..hehe..

maaf sebab di cni kami xsempat tuk ambil sebarang gambar dan video..huhu..xpa...smpai d sni dlu lah cerita Show elhamz..ada 2-3 show lagi yang belum d update ni..insyAllah..ada kesempatan..kami akan sentiasa mengupdate blog Elhamz ni..maaf yaa....

TQ for supporting us...really appreciate u ols..(^_^)

Harap maklum...hoho~

Blog ELHAMZ masih dalam pembinaan semula..hehehe..
admin: hanzsensei

V(^_^)V

Klip video Cerita Cinta (unmixed)

salam semua..
hee...ni lah video klip yg terhasil oleh manager kami,
saudara farhan hafiz..
rekod suka2 ja time rekoding hari tu...
heheh..selamat mendengar semua!
jangan lupa share2 video ini ngan kengkawan lain..
lagu ni nt akan d muatkan dalam album nasyid semesta bertahmid
september nnt..
insyAllah..hee

promosi artis-artis nasyeed Underground Vol. 2..


haaaahhh ni lah artis-artis nasyeed underground vol. 2....cumil cumil kan semua??kan?kan?..heheh....gurau ja bah..kepada pengunjung-pengunjung blog elhamz..jangan lupa dapat cd original nasyeed bertahmid ni ya...ni lah artis-artis nya...!!...akan terbit OGOS nanti...dan nantikanlah kemunculannya..pasti menampilkan kelainan kerana artis yang berbagai dalam satu cd.kan??..heheh..mudah2han lah ameeennnnn....

persembahan di kg bongkud ranau



hah ni lah beberapa gambar perform di bongkud 8hb jun lepas,sangat happening dan sambutan saudara mara yang sportimg2 semua..best dapat jumpa kawan2 di sana..namun perform ni adalah tanpa kehadiran hamzah, hamzah masih duduk di kg...almaklumlah baru sampai sabah kan dia..jarak ranau ngan keningau bukan lah dekat sangat dalaam 90 KM gitu lah..so xpa lah..terpaksa lah c elty sorang2 perform..okay lah..bawa 3 lagu..pertemuan, permata hidupku dan impian kasih (inteam)..mau kasi ngam sama event kan...orang kawin..hehehe....apa-apa pun terima kasih kepada saudari norhafizah saiman selaku tuan rumah yang tidak segan jemput elhamz ke perkahwinan keluarga mereka itu..hehehe..ayat skema..tata..

Lirik Lagu Cerita Cinta





CERITA CINTA

mataku terlirik senyuman mu
dan bila jelingan pertamamu
terpancar keikhlasan
di balik keayuanmu

bagai mentari terangi siangku
bagai rembulan suluhi malamku
tika hadirmu dalam cerita cintaku


berputik cintaku untuk dirimu
saatku cerita isi hatiku
kau balas kisah kasihku
terima cinta ku

c/o

kau hadiah tuk ku syukuri
hiasi mahligai cintaku
dan kini ku tahu hanya kau
selalu kurindu

kau hadir beriku bahagia
kau beri cinta yang ku damba
duhai kekasihku sudikah dirimu
jadi permaisuriku

oh tuhanku satukanlah
hatiku dengan hatinya
kerna hanya kepadamu
tempat ku merayu



LIRIK: Mazhair shahroz muhasip (Elhamz)
lagu : Zakariah @Hamzah junaiday (Elhamz)
susunan muzik: Abdul Halim Ahmad ( Neurotic studio)


Show kolej kediaman ke 12


hah..ni lah kawasan show kami d 12...sempoi jak kan???...apa pun terima kasih kepada saudar arbi..kerana sudi menjemput elhamz ke festival ini...

Show Finas KK12


show finas atau lebih dikenali sebagai festival nasyid 2010 anjuran kolej kediaman ke 12 dimeriahkan lagi dengan persembahan UNIQUE...hehe..disamaping pihak penganjur menjemput kumpulan UNIQEU...ELHAMZ juga tidak ketinggalan mendapat jemputan...alahamdulillah...walaupun ruang tempat nak wat show tu agak sempoi..kami enjoy juga wat pesembahan nie..heheh...student2 yang tengah makan di Cafe sempat juga jenguk2 jap...heheh...time nie..Elhamz menampilkan lagu Muhasabah Cinta dari kumpulan Edcoustic dan permata hidupku...walaupun hamzah ketika ini agak kurang sihat..pengalaman yang beliau ada bisa aja mengatasi masalah keserakan suara beliau...heheh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...