• Elhamz

Lirik Andai Noktah Bertindih

bicara Warkah
ku terima pnuh tanda tnya
mengukir rasa
bahawa kn sedia bersama

diam sejenak
diriku merasa masih ragu
tak pantas untukmu
atas kekurangan diriku

Apa yang kau nilai padaku
hanya insan biasa
tiada beda tara

jika rupa paras igaumu
juga harta dunia
bukan ada padaku


mengapa
tuntas kau pilih aku
adakah itu jawaban
dalam istikharahmu?

lantas
kau bilang padaku
kerna jiwa nan indah
tak setanding wajah
atau (pun) harta seisi dunia


apakah itu harapan padaku
andai noktah bertindih?
jawab ku~


Lirik: Farhan Hafiz
Lagu: Elty & Hamzah
Susunan Muzik: Elty & Farid Nuljari


Untuk Mendengar Lagu, Klik Link Di Bawah:

http://www.reverbnation.com/play_now/song_5959325

p/s: Lagu ini masih dalam proses untuk dikemaskini samada dari sudut rakaman, susunan muzik, mixing dan voicing, kami postkan sebagai pradengar dan jangan Lupa tinggalkan komen anda sebagai Panduan untuk kami menambahbaikkan karya-karya kami ini ya!..kami juga baru belajar!!..heheh..peace! semestinya kalian adalah pendengar yang baik!!..hehe

Sekian lama menanti

Alhamdulillah, satu lagu single terbaru ELHAMZ Bertajuk "Sujud Terakhir" berjaya di terbitkan, SETELAH SEKIAN LAMA kami menantikan Idea-idea itu datang bagi menyiapkan lagu ini...


Cerita dia begini, lagu ini sebebenarnya lagu First2 dulu, dalam awal bulan 3 2010 gitu lah, yang mau di terbitkan sepenuhnya oleh Elhamz, (Lirik, Lagu dan Susunan Muzik)....Lirik dan lagu pada ketika itu telahpun setel, masalah yang bikin lambat terbit ni sebebenarnya adalah susunan muziknya...almaklumlah, Kami adalah Insan yang tidak pernah buat, tahu ataupun mencipta susunan muzik sebelum-sebelum ini....Kiranya lagu ni kami wat ikut SEDAP mulut kami ja.....Namun, alhamdulillah, akhirnya siap juga lagu Sujud Terakhir ni, walaupun masih terlalu banyak kekurangan dalam susunan muziknya ini....namun, tetap bersyukur kerana Bunyinya macam bunyi Muzik juga lah..tidaklah bunyi Keretapi ka?, bunyi kipas bepusing ka?, Bunyi kentut ka?...kan??..hehe..syukur lah..dan lagu ni banyak mengajar kami mengemaskan lagi susunan muzik.... kami berharap satu hari nanti kami diberi peluang untuk berguru dengan mana-mana Individu yang pakar dalam bidang muzik ini untuk kami mendalaminya secara slow-slow sesuai dengan status kami ( ELTY: PENDIDIKAN ISLAM. HAMZAH: PENDIDIKAN ISLAM)...yang bakal menjadi guru agama, Bukan Muzik..hehehe.( Tapi okay juga kalau jadi ustaz Muzik,heheh...gurau jak bah)..Namun atas dasar minat, Muzik Menjadi Hobi no (-1) kami...(maknanya lebih dari no 1 lah ni)..heheh...

Boleh lah dengarkan lagu ini Live Di Link di bawah:

SUJUD TERAKHIR @ REVERBNATION

p/s : Sebarang komen dan penambahbaikan boleh lah tinggalkan di entry ini..terima kasih!!..

Lirik Sujud Terakhir

Tubuhku layu di pembaringan
Menitip sisa kehidupan
Mengenang tingkah tika gagahku
Yang sering di kabusi dosa
Mengharap kasih dikalaku merintih
Menangis mengalir air mata ke pipi

Perjalanan dunia kian berakhir
Nafas kencang kian terhenti
Panggilan Illahi kian menghampiri
Detik waktu saatnya mati
Inginku bersujud diterakhir kalinya
Meratap ampunan dari mu yang kuasa
Ya Allah

c/o Kejamnya aku pada pencipta ku
Walauku takut azab nerakamu
Sering kali ku mahu belakangkanmu
Ku malu bila ingin bertemu mu

Masihkah ada ruang untuk ke syurgamu
Sedang jasad dibaluti noda hina
Terima lah pintaku bertaubat padamu
Sebelum denyut nadi kian kaku
Sakit kini kurasa peritnya menanggung
Dosa silamku dahulu

Kejamnya aku pada pencipta ku
Walauku takut azab nerakamu
Sering kali ku mahu belakangkanmu
Ku malu bila ingin bertemu mu

Inginku bersujud diterakhir kalinya
Sebelum nyawaku pergi
Tinggalkan ku

lirik : Elty (Elhamz)
Lagu : Elty ( Elhamz)
Susunan Muzik : Elty (Elhamz)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...