• Elhamz

ELHAMZ DI AKHBAR TEMPATAN


Alhambulillah,setelah dijemput beberapa kali untuk membuat persembahan di sekitar Negeri sabah termasuklah jemputan sempena hari raya raya aidilfitri bersama ketua menteri sabah, Elhamz kini diberi peluang dan mendapat liputan untuk tampil di media-media akhbar tempatan sabah.

Utusan Borneo

New Sabah Times ( Kadazan Dusun)

New Sabah Times ( Bahasa Melayu)

Daily Express
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada wakil-wakil media bagi akhbar-akhbar di Sabah kerana sudi memberi peluang untuk kami memperkenalkan lagi elhamz dalam kalangan masyarakat di Sabah. Wallahu Alam.Jumpa lagi

(^____^)..kami suka senyum


heheheh..tajuk yang bakal kami kupas buat kami sentiasa tersenyum, rasa sangat bersyukur dengan kurniaan rezki dan pengalaman dari yang esa...selama mana tidak update blog..hari ni kami cuba ringkaskan dalam satu artikel yang ringkas tidak ringkas..heheh..jom... 

1. On Air Salam.fm 
 
Dr aznil + Elty

Alhamdulillah, ELHAMZ buat pertama kalinya di beri peluang untuk ke udara bersama salam.fm yang juga merupakan radio rasmi bagi JAKIM. radio ini mempunyai frekuensi radionya sendiri, 91.1 sekitar lembah klang. Alhamdulillah, Malam tu, temuramah oleh Dj Ida hanya di hadiri oleh Penasihat Elhamz DR Azmil Hashim dan manager kami Farhan Hafiz tanpa kehadiran Geng karas a.k.a teman menyanyi hamzah, kebetulan pada masa tu, cuti semester bagi semua universiti,..so, terpaksa Elty dan farhan yang menjawab semua pertanyaan DJ pada malam tu, Alhamdulillah, beberapa pemanggil malam tu sangat spoting memberi soalan2 yang agak boleh di jawab oleh kami berdua (elty+ Hanz)..dari pihak kami, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Salam.fm, Dr azmil, Farhan, dan pendengar2 salam.fm pada malam kejadian.insyallah, kalau ada rezki, kami akan ke udara bersama salamfm lagi untuk aktiviti2 ELHAMZ yang akan datang..
Dari Kiri : Dr Azmil, Dj Ida, Elty
Sempat On air walaupun tengah berpraktikal sebagai Ustaz di SBPI GOMBAK 

2. Persembahan di SMAN & PICC  
SMAN

Sekolah menengah Agama Nilai Negeri Sembilan adalah nama penuh bagi SMAN,..hehe..alhamdulillah, sekolah ini juga telah menjemput elhamz bagi program motivasi di sana. Elhamz dijemput bagi mengisi slot Motivasi selama 2 jam berkonsepkan (EDUTAINMENT)..tajuk slot pula (BANGUN...BANGUN...(^___^))..heheh..lain tajuk dia ni?..hahah..sepanjang slot tersebut, ceramah yang di hiasi dengan persembahan-persembahan nyanyian oleh elhamz sendiri berjaya di sampaikan dengan jayanya oleh elty sorang ja..huhu..(hamzah masih di kampung, terpaksa lah seorang diri si elty, Konfom lebih bertenaga dan meriah slot dengan kehadiran hamzah)..pelajar SMAN sekitar tingkatan 1 hingga lah tingkatan 5, mereka sangat happening, dengan guru-guru mereka yang sangat Caring..Selain Elty, manager kami farhan juga diberi slot untuk menyampaikan Tazkirah maghrib kepada peserta dan slot di malam penghayatan. Time ni tiada gambar lah, tidak sempat untuk ambil gambar..Im sorry..wuu..terima kasih kami ucapkan kepada sekolah ni kerana sudi menjemput elhamz, dan tidak lupa kepada Ustazah Siti Khadijah yang membantu kami untuk tidak memakai motor ke negeri sembilan dari Gombak, hehe..ustazah yang tolong kami untuk mencari kereta, Alhamdulillah, terima kasih ya Ustazah..Ustazah ni sebenarnya guru pembimbing kami di SBPI GOMBAK. best sangat ustazah ni..!!..terima kasih juga kepada warga SMAN yang sudi membeli cd Nasyeed Semesta..semoga Allah memberkati kalian semua.ameen!.. 

PICC

Bertempat di Dewan Perdana PICC putrajaya, elhamz di jemput bagi memeriahkan lagi Pameran pengantin Malaysia 2011, Program yang di hadiri beberapa artis tempatan, dan juga gerai-gerai pameran, program yang mendapat liputan luas dari media, Juga membuat persembahan tanpa hamzah, (Hamzah masih di sabah)..Alhamdulillah, dengan mendendangkan lagu taubat nasuha dan cerita cinta,..persembahan berlangsung dengan jayanya..terima kasih teman-teman yang sudi datang menyaksikan secara langsung persembahan pada hari kejadian. Tidak lupa juga kepada Penerbit album penuh elhamz Shadow Art Production yang memberi peluang kepada elhamz untuk persembahan di tempat-tempat yang grand ni...thanks..!
bersama Farhan Hafiz
rosmadi omar (test camera ni..heheh)

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak (SBPI GOMBAK)
  
Bersesuai dengan semester terakhir ELTY di Universiti Malaya, perlu ada semester yang mana, student UM ni perlu praktikal, tambah2 kos cikgu ni, sah2 wajib praktikal, maka elty pun di tempatkan lah di SBPI gombak bersama 3 orang lagi bakal ustaz farhan hafiz ( manager Elhamz dan Feelhoney), kimo (feelhoney), amir (13 ustarz)..sebelum ni memang x pernah dengar pun nama sekolah ni.heheh..Namun setelah kenal sekola ni, Pehh!!..memang terbaik..kami di sambut dengan baik sekali oleh guru pembimbing kami Ustazah Siti Khadijah Hj Hamzah ( Ust ni ajr kami mesti tulis nama penuh..hee)..tambah terharu bila kami ber 4 di tempat kan dirumah warden lelaki, ketika itu, mang belum dapat rumah lagi di sekitar gombak, alhamdulillah, sekolah ni bg peluang sama kami tuk tinggal di rumah warden. sekolah ni banyak memberi pengalaman kepada kami ber4..sangat berterima kasih kepada sekolah ini...sekolah ini pelajar dia pandai-pandai semua, jadi bila masuk mau mengajar tu, objektif pengajaran agak mudah untuk di capai. pelajar yang agak kurang masalah disipilin dan sangat spoting. di sekolah ni, sambutan terhadap lagu-lagu elhamz sangat baik dan mereka sangat support grup ustaz diorang ni.heheh...guru-guru dia pun sama, spoting2 semua..banyak mau di kongsikan ni..tapi terlalu luas pengalaman di sini.kongsi ngan student ja lah nanti..heheh...nanti kita cerita panjang lagi tentang aktiviti elhamz ya...cukup sekadar ini dulu..walaupun cerita hampir basi..haha...jumpa lagi..

ELHAMZ ENTERTAINMENT


Alhamdulilah, syukur alhamdulillah,..setelah 2 tahun elhamz bertapak, kini hobi suka menyanyi, suka buat lagu, suka main muzik, suka buat lirik, suka termenung sambil buat lagu di abadikan pula dengan mendaftarkan segala apa yang diminati bersama itu dalam satu syarikat yang bertajuk(bernama..hehehe)...ELHAMZ ENTERTAINMENT..okay lah kan?daripada kita buat benda2 yang bukan-bukan????..hehehe...menubuhkan semua ni bukan untuk terlalu serius dalam bidang ini, (mesti mau jadi pensyarah juga..heheh..maka jadi lah DR ELHAMZ..hee..hmm,,cm okay jg nama tu kan??)..cuma yalah,mau juga merasa urus itu, urus ini dengan sendiri tanpa terlalu berharap dengan orang lain,..dalam erti kata yang lain, kami mahu elhamz akan teeerus kekal sampai anak cucu...ameenn!!,,doakan semua ya...kami juga mengharapkan segala doa daripada kalian..

beberapa produk yang kami cuba bawakan dalam syarikat baru kami ini..

1. Persembahan nyanyian
2. penulisan lirik lagu
3. penciptaan lagu
4. menggubah lagu
5. susunan muzik ( basic-basic ja lah..baru belajar..heee)
6. rakaman suara ( keutamaan kepada yang malu mau rekoding di studio mahal-mahal..heheh..tapi boleh try dulu bah..)
7. rakaman audio
8. Latihan Vokal
9. Tolong Carikan Jodoh ( Bonus..heheh..saja bergurau (^____^)..

setakat ini, just ini lah hobi kami yang mahu kami kongsikan,..heheh...ok lah kan dari xda apa2 langsung???..kiki..insyallah, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan kualiti produk kami, insyallah, E.E (Elhamz Ent.) akan bekerjasama dengan Shadow Art Production dalam menyiapkan 1 or 2 lagu dalam full Album kami nt...so boleh lah nilai kualiti produk kami nt juga kan??..

jumpa lagi semua..just mau share apa sudah kami terlanjur buat..hahaha...tata..!

Planning tetap perlu perancangan..(^____*)


Assalamualaikum semua..haiii..apa khabar sahabat-sahabat elhamz semua??sihat ka??..heheh..walau jarang up date blog ni..tapi kami up date juga kan??syukur Alhamdulillah di beri juga Allah sedikit kesempatan..Alhamdulillah...

Apa yang mau kami cerita pasal entry kali ni ar??..emmmmm..sebelum cerita planning masa depan mau cerita sket lah apa projek elhamz satu dua bulan ni kan??..okay gini..

semenjak bertapak di bawah Shadow Art Production iaitu sebuah syarikat MACAM2 ADA..heheh..kenapa pla mcm2 ada???...(.sebab syarikat ni menawarkan pelbagai servis2 seperti melukis,sewa PA Sistem, Printing banner dan baaaanyak lagi,..al maklumlah, syarikat di miliki oleh seorang pelukis (Majalah Gila-Gila) dan seorang penyayi (Gila-Gila Group)..Syazwan Jaafar nama diberi,..hee...)..semenjak itu lah elhamz aktif untuk persembahan di tempat orang shooping bilamana abg wan (Syazwan JAafar) di jemput untuk melukis bila ada apa2 function..cam hari itu, ada expo kahwin, so elhamz pun ada lah sekali dapat slot tuk menyanyi di samping mempromosi album, dan di samping mempromosi group yang menawarkan produk persembahan nyayian bagi orang yang mahukan persembahan nasyid time kahwin nanti??..heheh...(mau bagitau yang kami juga bersiap sedia untuk persembahan majlis perkahwinan)..lalala...


gambar hiasan.(^___^)

Alhamdulillah, bersama UstarzPhoto dan 13 Ustarz Yang di ketuai oleh Rosmadi dan Hasbi (FeelHoney) mendapat peluang buat kali pertama untuk membuat satu pakej produk kahwin di bawah Shadow Art Production iaitu (VideoGrafi dan Fotografi(Ustarzphoto), Nasyid (Elhamz),PA Sistem(Abg wan),)..dan telah mencuba try bakat di sebuah majlis perkahwinan di manjalara hari tu..alhamdulillah..segalanya di permudahkan,..dan, sekarang ini, sambutan bagi pakej ini amat menggalakkan, di tambah pula musim cuti begini, musim2 berkahwin lah katakan...kan?kan?..hehe..so, kalau ada yang berminat boleh aja kontek no ni (0132110967)...insyallah harga boleh runding..sangat berpatutan. xpercaya try lah kontek..peace!!!..

Insyallah, Bulan julai nanti ada Expo Perkahwinan lagi di PICC putrajaya, ada 100 buah booth perkhawinan akan di jemput untuk mempamerkan apa yang mereka ada, insyallah, kalau xda problem, elhamz akan perform di sana nanti, boleh lah jemput datang, tidak tenggok elhamz poon..tgok lah baju2 pengantin or pelamin yang sesuai kan??so boleh lah sambil2 tgok elhamz juga nanti kan??heheh..

Zakaria@Hamzah Junaiday
dalam perbincangan dengan pihak penerbit, elhamz akan menghantar lagu Cerita Cinta dan Taubat Nasuha dulu di stesen-stesen radio tempatan sementara menantikan album sepenuhnya siap ,so just nantikan pengumuman secara rasmi di facebook ELHAMZ untuk merequestkan lagu-lagu tersebut di radio ya...insyallah..

bulan ogos pula elhamz akan berada di sabah untuk bercuti (nama pun masih student)..so kiranya ada mana-mana2 pihak yang sudi di sekitar Sabah untuk menjemput bagi persembahan di bulan ramadhan dan raya nanti, kami standby untuk di jemput (tapi jangan lah time raya pertama dan yang sama waktu dengannya, mau beraya juga nanti..(^___^)..

September nanti, akan kembali ke Universiti Malaya, hamzah akan teruskan pengajian yang berbaki 2 tahun ja lagi, yang c elty pula, sementara mau tunggu Konvokesyen (Oktober)..akan ke U.Malaya juga..bagi menyiapkan misi elhamz iaitulaahhh menyiapkan FULL ALBUM pla..kan?.lau x buat gini bila pla nanti mau siap..kuikuikui..

Dalam Planning, sebelum Disember, segalanya akan setel semuanya, mengharapkan doa kalian semua..amiin..
Mazhair Shahroz Muhasip ( Elty)

kalau c elty sudah konvo macamana pula nasib elhamz???..naahh...pening juga mau jawab ni..doakan juga elty dapat dan berjaya menyambung pengajiannya ke peringkat Sarjana (Master)..dan di samping itu, tahun-tahun baki pengajian itu peluang tuk kami kukuhkan lagi apa yang telah tercapai setakat ini..(tidak pernah berhenti syukur pada Allah atas nikmat dan ucapan terima kasih kepada kalian semua atas doa dan sokongan yang tidak pernah putus)..kalau tidak berpeluang tuk sambung pengajian, segalanya kami serahkan pada Allah, rezeki itu ada di mana-mana kan??..janji kita usaha..

kesimpulannya:

Jadual perjalanan album Elhamz

Secara Keseluruhannya begini kunun:

JUN - SEPTEMBER 2011
: Proses pembikinan dan penyusunan muzik lagu album

SEPTEMBER- OKTOBER 2011
: Rakaman Vokal/ PhotoShoot( Cover Album) DLL(makan, tidur, baring, main game, main bola, pigi Low Yat, cucuk duit di bank islam dan yang sewaktu dengannya)

OKTOBER- NOVEMBER 2011
: Mixing,Mastering,Printing, Rehating (Rehat)

DISEMBER 2011
: Album di jangka siap sepenuhnya

JANUARI 2012
: Pelancaran Album

Segala yang di rancang itu adalah di bawah takdir Allah..kita hanya mampu plan cantik-cantik..yang menentukan xda lain "LA ILA HA ILLA ALLAH, TIDAK DI SEMBAH SELAINNYA, ALLAH YANG KUASA"...di petik dri lirik lagu "DIA"...Allahu alam..Saangat mengharapkan sokongan dan doa dari kalian semua!!..jumpa lagii..di entry yang lain...tata..

Masih sabar menanti

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah atas kurniaan nikmatnya kepada kita semua..sedar tak sedar sekarang sudah masuk bulan lima sudah, naahh..mesti ada yang tertanya-tanya macamana sudah perjalan album elhamz ni kan??..heheh..

ok lah, setakat ini, kami telah mengkonfomkan beberapa lagi lagu tambahan yang akan di muatkan ke dalam album kami nt,:

1. Cerita cinta
2. Taubat nasuha
3. Istighfar
4. Terima kasih Ibu
5. Dia
6. Muhammad Ya Rasulallah.

yg kami bold kan tu lah 2 buah lagu yang telah di persetujui,..pening juga sebenarnya mencari dan memilih lagu ni,..mudah2an segalanya di permudahkan.

tentang tajuk dan tema album pula masih dalam perbincangan dan pertimbang taraan..heheh...
setakat sehingga kini, baru lagu cerita cinta dan taubat nasuha yang telah siap sepenuhnya,..almaklumlah..sekarang ni Elty tengah praktikal jadi ustaz di SBPI Gombak, amjah pula sedang bercuti di kg..hehe..tidak lah terlalu terkejar-kejar untuk menyiapkan album ni, tapi lagi cepat siap lagi bagus kan??..xpa Masih sabar menanti ni..heheh...setakat ini dulu..semoga berjumpa lagi.!..

Mula melangkah


Assalamuamlaikum semua, Alhamdulillah, setelah berbincang sesama ahli, akhirnya kami memutuskan untuk bekerjsama dengan Shadow Art Production dalam penerbitan Album penuh Elhamz yang di jangka akan terbit 2011 ini.

Bilik rakaman

Menandatangani Kontrak Bersama Shadow Art Production


setelah menandatangai perjanjian dan kontrak dengan syarikat ini, kami bersetuju untuk bekerjasama dalam bentuk Susunan Muzik, Mastering, Mixing, Rekoding dan Printing.




penerbit Shadow Art Production juga merupakan Kartunis kepada majalah Gila-gila, syazwan bin Jaafar Taib

Dalam Studio

penerbit baru Album Elhamz abg Syazwan Jaafar










pada 13.2.2011 Elhamz telah memulakan langkah pertama dengan "Taubat Nasuha". Elhamz telah merekodkan lagu ini dengan susunan muzik yang telah di UPGRADE dan di ubah suai. Dengan sentuhan Gitaris Kumpulan DUTA dan beberapa pemain muzik yang lain termasuklah penerbit album ini , abg Syazwan, lagu Taubat Nasuha kini telah berubah dan semakin ada "feel" nya..Alhamdulillah, Bagi pihak elhamz sendiri, kami sangat berpuas hati dan gembira dengan susunan muzik yang baru ini,..

maka ada tinggal 8 lagu lagi berbaki untuk di siapkan, lagu cerita cinta yang Terbit hari ni, 14.3.2011 juga bakal dimuatkan dalam Full album ni, dengan mengekalkan susunan muzik asal dari abdul Halim ahmad yang juga penerbit kepada album Kompilasi Nasyeed semesta.

semoga segalanya berjalan dengan lancar. amiin!.

Empat Lagu Pilihan Album

Alhamdulillah, Setakat ini, elhamz telah memutuskan empat lagu yang bakal dimuatkan dalam full album nanti, Chek it:

1. Cerita Cinta

lirik: Elty
Lagu : Hamzah
Susunan Muzik : Abdul Halim Ahmad (Devotees)

2. Taubat nasuha

lirik/ lagu : Hamzah
Susunan Muzik: farid Nuljari ( Akustik)

3. Terima Kasih Ibu

Lirik/lagu : Muhammad Mohd Tawil ( Devotees)
Susunan Muzik: masih belum buat muzik

4. Istighfar

Lirik/lagu: Farid Nuljari
Susunan Muzik: Elhamz & Farid Nuljari

Full Album

Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, Jujungan besar kita Rasulallah SAW, sementara menantikan Nasheed Semesta bertahmid, dengan penampilan sulung kami yg bertajuk Cerita Cinta,..kami sedang tinjau2 tuk wat mini album, alaa..sudah postkan cerita pasal ni sebelum ni..heheh..tp yg mau kami cerita ni ialah, kami telah di temukan beberapa penerbit yg bersetuju untuk menerbitan FULL ALBUM pla..syukur alhamdulillah, then bulan lepas juga kami telah sempat menghadiri ujibakat dengan kumpulan saujana....durg sedang mencari artis di bawah jagaan dorg..alhamdulillah..mendapt respon positif juga lah..heheh..tp buat masa skg ni..kami belum buat2 apa keputusan lgi...maksudnya..belum pun tanda tgn mana2 kontrak..lgpun..keputusan ujibakat saujana hanya boleh diketahui blan 3. .naah..lama lg tu..hehe..so, buat masa skg ni, kami just buat lagu seperti biasa,..buat lirik seperti biasa.macam sebelum2 ni tuk kami bawa mana2 show lah dgn konsep muzik yg berbeza2....setakat ni...antara beberapa senarai lagu yg telah kami buat dan yg belum buat adalah.

1. Harus Kau tahu ( lirik/lagu/susunan muzik: elty)
2. Taubat Nasuha( lirik/lagu/susunan susunan muzik : hamzah)
3. Cerita Cinta( lirik: elty/lagu: hamzah/susunan muzik :Adul Halim Ahmad Devotees )
4. Andai Noktah bertindih( lirik: Farhan Hafiz /lagu /susunan muzik :Elhamz)
5. Sujud terakhir ( lirik/lagu/susunan muzik: elty)
6. Istighfar ( lirik/lagu : farid Nuljari, susunan Muzik : farid nuljari dan elhamz)

yg bawah ni semua belum siap buat arrangment muzik dia, yg siap hanya lirik dan lagu sahaja

6. Derai (ciptaan Nur Amin Mulia Feelhoney)
7. Terima Kasih Ibu ( Muhammad Tawil Devotees)

semua kualiti lagu-lagu di atas, kecuali cerita cinta adalah tahap beginner lagi, heheh...maksdnya, mang belum mempunyai kualiti lah, ..sebab semua nya masih dalam proses belajar dan rekoding di tempat yg bukan di studio..heheh...

Dan Ada 2 Buah lagu ciptaan hamzah yg sudah di preview dgn rentak balada dan rancak, yg belum sempat kami usik2..heheh...

dan sebuah lagu yg telah siap dengan susunan muzik RNB telah di siapkan oleh c elty, masih dalam pembinaan lirik oleh Hasbi Hj Ali FeelHoney..heheh...

Insyallah, doakan yang terbaik, dan kejayaan kami utnuk membuat full album yg akan menampilkan muzik2 yg berbeza, dan lirik yg membawa mesej baik2..heheh..insyallah..doakan ya...terima kasih...

kalau ditanya yg manakah yg bakal dimuatkan didalam full album nt,..insyallah..dalam banyak2 di atas tu, ada 2 3 lagu yg kami akan muatkan dan akan di lakukan pembaikan semula dari semua aspek, sehingga boleh melayakkan lagu2 tersebut layak masuk dalam album lah..heheh...insyallah..doakan ya..kami mengharap kritikan dan komen yg membina daripada anda tuk kami hasilkan sesuatu yg unik dan terbaik daripada kami, kami juga akan mempertimbangkan segala pilihan pendengar dalam beberapa lagu yg telah di previewkan untuk kami muatkan full album ini nt..sesuai dengan citarasa kita semua...terima kasih juga kepada yg sentiasa menyokong kami...

Mini Album Elhamz

Elhamz dalam rangka merancang untuk merakamkan mini album, dalam sekitar 6-7 lagu pada tahun 2011.namun hasrat ini masih dalam perancangan dengan pihak pengurusan .terlalu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan, terutamanya pasal bajet..itu sudah semestinya...insyallah, dalam keadaan yang masih belum bz di awal tahun ini, elhamz sedang giat mencari dana dan mencari penaja bagi merealisasikan hasrat ini. memohon doa daripada rakan-rakan dan keluarga agar segalanya dipermudahkan.

kepada pihak-pihak atau individu ataupun mana-mana badan NGO yang berminat untuk memberikan sumbangan samada berbentuk kewangan ataupun material, Boleh terus ke page ELHAMZ, atau melalui Email Endiyahei@yahoo.com ataupun sms/kol 0132110967 (elty), 0133205243 (farhan)...segala jasa baik pihak tuan hanya Allah yang mampu membalasnya!!..

Kerja sama Bersama Cahaya.FM

Alhamdulillah, elhamz kini mendapat peluang untuk bekerjasama dengan Radio Online CAHAYA.FM..setelah hampir setengah tahun elhamz dan cahaya.fm bersahabat baik,..maka cahaya.fm dan elhamz bertsetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam menggerakkan dakwah berbentuk hiburan ini.

terdapat beberapa perancangan yang telah dibincangkan antaranya ialah elhamz akan menjadi DJ radio cahaya.fm sebagaimana yang telah di perkatakan sebelum-sebelum ini.

selain daripada itu, elhamz juga telah mendapat tawaran menjadi Artis bagi radio online ini disamping kumpulan ZIHAN..yang juga berasal daripada sabah..semoga dengan kerjasama yang terjalin ini, elhamz mahupun cahaya.fm akan terus saling bantu membantu antara satu dengan yang lain..amiin!!..teruskan sokongan anda..terima kasih..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...